Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).
Cara Al-Quran Diturunkan Kepada Nabi SAW
Hati
Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.Pengucapan
Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.Bunyi
Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.Datangnya Jibril
Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.3 Peringkat Penurunan Al-Quran
- Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur.
Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud :
“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.” - Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus.
Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya :
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.” - Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan.
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.” as-Syura (192-195)
Sejarah Pengumpulan Dan Pembukuan Al-Quran
Setiap
ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru
dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika
tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi
bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali
Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril
(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.
Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.
Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta
memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana
Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk
memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz/ penghafal
Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa
Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan
Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu
Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah - isteri Rasullullah). Termasuk
daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin
Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.
Penulis Wahyu
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis
wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan
setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak
hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’
Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab
dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit
kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum
diketemukan. Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup,
ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang
berbuku).
Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
1. Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada
kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz (penghafal
Al-Quran) dan qurra’ (pembaca Al-Quran).
2. di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu).
3. Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
4. Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Zaman Khalifah
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam
peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar
mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian
ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang
akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya
beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut
seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas
dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia
adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya
serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar
bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa
huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid
bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian
ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan
akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang
ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Naskah Al-Quran Lama Tanpa Baris
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas
kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas
beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah
SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan
penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku
pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu
Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya
memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka
dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah
membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh
Khalifah Uthman bin Affan sendiri, naskah dihantar ke Kota Basrah,
naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota
Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah.
Manakala, kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus
dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh
Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah. Dua salinan baharu itu
hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan
sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf
Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari
perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani
Mashaf
Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2
buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut
ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad
selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan
penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri
yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi
menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi
AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali
bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada
Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah
diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam
Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan
mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada
kalangan (Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-tanda
yang disepakati oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang
Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil
penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin
Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya
mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat
Islam yang paling utama hingga hari ini.
No comments:
Post a Comment